Goryokaku4

五稜郭Goryokaku

string(0) ""

Pemandangan hebat kubu berbentuk bintang!

Goryokaku ialah kubu berbentuk bintang yang telah diiktiraf sebagai tapak sejarah istimewa. Balai Cerap Menara Goryokaku dapat melihat pandangan panorama kubu.

Nikmati Pandangan Udara Kubu Berbentuk-Bintang dari Balai Cerap Menara Goryokaku

Goryokaku adalah kubu gaya barat yang disiapkan hampir 150 tahun yang lalu. Pandangan panorama hebat keseluruhan bangunan berbentuk bintang ini dan parit di sekitarnya boleh dilihat oleh pelawat dari platform pemerhatian Menara Goryokaku pada ketinggian 107 meter, yang berdiri bersebelahan dengan kubu tersebut. Parit tersebut dikelilingi oleh 1,600 pokok ceri, dan menjadikan Goryokaku salah satu daripada tempat paling popular untuk melihat pokok sakura Hokkaido di musim bunga. Pada musim panas, parit ini dipinggiri tumbuh-tumbuhan hijau, yang bersemarak dengan warna merah lembayung pada musim luruh. Ini pula diliputi salji putih melepak pada musim sejuk, yang melengkapkan landskap pertukaran musim menawan ini.

Pejabat Majistret Hakodate (Bugyosho) Menampilkan Kepakaran Seni Bina Jepun Tradisional

Di tengah-tengah kubu berbentuk bintang yang menguasai pemandangan Taman Goryokaku berdiri Pejabat Majistret Hakodate, sebuah bangunan yang dibaik pulih yang dahulunya pejabat kerajaan yang dikendalikan oleh samurai. Pelawat bebas untuk merenung bangunan ini yang tersergam megah dari luar, ataupun masuk ke dalam untuk menikmati keanggunan bilik-biliknya. Jangan lepaskan peluang untuk melihat ketukangan seni bina gaya Jepun bangunan ini yang sangat halus buatannya, di samping keharuman kayu ruang masuk dan bilik tataminya yang luas.

Berhenti Seketika di Atrium Menara Goryokaku

Pastikan anda juga berhenti di Atrium Menara Goryokaku untuk berehat seketika selepas bersiar-siar di sekitar Taman Goryokaku. Duduk atas salah satu bangku dalam atrium yang diterangi cahaya matahari dan lihat luar melalui muka bangunan berkaca pada pokok sakura yang bertaburan di sekitar taman. Gerai makanan ringan boleh dijumpai pada tingkat pertama dan kedai gelato pula di tingkat kedua. Pastikan anda membawa kopi atau gelato anda keluar untuk duduk di salah satu bangku seketika.

7 Tempat Paling Mesti Dilawat Hakodate