Pemandangan malam dari Gunung Hakodate1

函館山からの夜景Hakodateyama karano Yakei

string(6) "172191"

  • Thumbnail

Pemandangan malam hebat!

Pemandangan malam dari Gunung Hakodate memang tiada tandingannya. Ini sudah tentu "mesti dilihat" apabila melawat tempat-tempat di Hakodate.

Pandangan dengan Penilaian Tiga Bintang dalam "Michelin Green Guide Japon"

Dengan anugerah penilaian tertinggi tiga bintang dalam "Michelin Green Guide Japon", pemandangan dari Gunung Hakodate disifatkan sebagai "berbaloi untuk dilihat." Pelancong daripada seluruh dunia melawat Gunung Hakodate sepanjang tahun. Anda tidak perlu tunggu sehingga gelap, pandangan yang luas terbentang di waktu hari siang juga menarik.

Di sini pandangan langsung bandar dari atas Gunung Hakodate.

Tiga Minit Sampai ke Atas dengan Jalan Tali

Gunung Hakodate terletak hampir dengan pusat bandar. Jalan tali adalah cara biasa untuk mendaki gunung ini dan akan membawa anda ke stesen puncak dalam hanya tiga minit. Ketika menggunakan jalan tali untuk menaiki gunung, cuba menghadap ke belakang kereta dan melihat keluar tingkap sebelah kanan; dari kedudukan ini, anda dapat merasa keseronokan apabila pemandangan malam tiba-tiba muncul. Balai cerap di atas gunung juga mengandungi kedai cenderamata dan restoran.

Alami Daya Tarikan Berubah Musim Berlainan

Kemuncak pandangan malam Gunung Hakodate berubah dengan musim. Pada musim luruh, waktu siang biasanya jelas dengan udara yang nyaman, yang menawarkan pelawat pandangan panorama terbentang. Pada musim sejuk, cahaya lampu bandar dipantul oleh salji putih yang menyelubungi bandar, menyerlahkan lagi pemandangan malam yang berkilauan. Pada malam musim panas berkabut, gunung terbayang dalam panorama yang diselubungi dengan misteri.

7 Tempat Paling Mesti Dilawat Hakodate